Wednesday, July 15, 2009

Pemantauan di Sekitar Kuantan....

Hari Selasa lepas aku sempat la join UAD, PPN Pahang & Pej Daerah pi memantau... banyak gak tempat aku sempat singgah.. Memang penat la kerja camni. Skit lagi nk masuk kategori YB ni...

Bengkel membuat produk daripada mengkuang.

Hasil barangan drpd mengkuang

Ternakan kambing secara feed-load..

Seekor kambing yg menjadi penyambut tetamu.


Projek tenaman buah naga


Ni la buah naga..

Jalan ke Sg Lembing...


Ni la raja buah... durian a.k.a. deghian@doyan


Aku di kuantan....


Dah lama x tulis blog.. skang aku dah posting kat kuantan...
Masuk jer opis dah kena memantau... dari kandang kambing sampai la ke kampung orang asli, semua aku masuk. Nama pun pemantau... Ni la bilik aku kat opis.



Bilik aku....

Wednesday, June 3, 2009

Hargai masa....

Tadi aku terdengar lagu Punch Card oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. So aku nak dedicate lagu ni kepada semua staf kerajaan.....

Punch card... jangan lewat. Punch card.... mesti tepat....

Punch Card aku.....

Cintai Produk Tempatan

Last week time aku nak balik rumah dari office, aku ternampak satu lori yang cool... Nak tengok? Ni gambarnya


Lori yang parking di sebelah blok D8 JAKIM

Tak sangka dah ader jenama ni di pasaran...

Tuesday, May 26, 2009

Futsal...

Hari dalam sejarah....

First time aku main futsal pukul 8 mlm. Friendly tadi diorganize oleh Tok Penghulu (Ahmad Khairani). Cuma 11 pemain sahaja yang datang (termasuk aku la). Masing-masing penat baru lepas kerja.

Aku pun score x banyak. 4 gol jer. Kalau tak penat may be lebih lagi. Sorry la tak ader gambar. Tadi punya la penat sampai lupa nak snap gambar futsal... Aku letak gambar ni jer la....

You'll Never Walk Alone.....

Monday, May 25, 2009

24 hours in Temerloh

Ahad yang lepas aku berkesempatan la mengjenguk Pekan Sehari di Bandar Temerloh. Dah lama tak singgah beli barang kat area sini. Walaupun seluruh dunia berdepan dengan masalah kegawatan ekonomi, tetapi aktiviti peniaga-peniaga di sini tetap seperti biasa. Mak teh & Mak Lang menjaja hasil tanaman kampung. Pak Usu dan Pak Ngah berpeluh-peluh menyiang ikan di tepi lauan utama pekan sehari. Pelbagai cara digunakan untuk melariskan jualan mereka. Tetapi yang penting mereka dapat meneruskan kegiatan mereka bagi menjamin kitaran matawang Ringgit di dalam negara tidak terjejas.

Arca berbentuk Ikan Patin ini merupakan mercu tanda
Temerloh sebagai Bandar Ikan Patin

Makcik ni aku tengok dah 2 kali mundar mandir
area yang sama.

Keadaan pekan sehari mulai sesak dengan pengunjung.

Aktiviti jualan ikan sangat popular di pekan sehari Temerloh

Spesis Patin & Talapia mendominasi jualan

Tidak dapat diketahui spesis ikan ini. Sila rujuk google.com


Satu lagi aktiviti yang mencuri tumpuan pengunjung (termasuk aku la) pekan sehari pada ahad lepas adalah Expedisi Berakit Sugnai Pahang 2009 anjuran Kerajaan Negeri Pahang & Tourism Malaysia. Majlis dirasmikan oleh timb Menteri Pelajaran Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah, yang juga MP Temerloh. Aktiviti ini disertai oleh agensi-agensi kerajaan negeri Pahang & kerajaan persekutuan. Turut menyertai ialah kelab-kelab sukan tempatan, penguatkuasa, badan berkanun & IPTA. Rakit dilepaskan kira-kira pukul 10.00 am.

Banner Rasmi Ekspedisi. Daulat Tuanku

Penonton membanjiri Esplanade Temerloh bagi menonton
upacara perasmian

Para peserta sedang berehat dan menenangkan
fikiran

Pelbagai agensi kerajaan turut menyertai ekspedisi tahun ini.


Persiapan terkahir dilakukan sebelum memulakan ekspedisi.

Rakit pertama sudah dilepaskan

Anggota keselamatan dari TLDM turut terlibat mengawasi
di sepanjang Sg Pahang.



Wednesday, May 20, 2009

Day 3: Journey to The East

Hallo...

Hari Ahad 18 Mei 2009, hari terakhir aku di Bumi Kenyalang. Pada hari ini kami bersedia untuk check-out dari hotel. Kira-kira pukul 12.30pm, kami menyerahkan kunci pintu beserta bayaran kepada cashier.

Perjalanan kami bermula dengan menuju ke Kg. Gersik dimana terletaknya Kedai Kek Lapis Dayang. ia mengambil masa lebih kurang 30 minit (tambah 10 minit sesat). Setelah sampai di hadapan kedai, aku terserempak dengan Abang Amin & Abang Azhar dari Ibu Pejabat Persatuan Cekak Pusaka Hanafi Malaysia. Aku difahamkan mereka juga datang ke Sarawak atas urusan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Setelah berbual dengan mereka, aku kembali dengan tujuan asal aku untuk MEMBORONG kek lapis. Harganya pun ok... sekitar RM 10 - RM 30. Pilih punya pilih, aku telah membeli 10 biji kek lapis, maka dapatla aku sebiji kek percuma.

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Yatie menunjukkan kek yang dibeli.

Harry pun tidak ketinggalan memborong kek.

Kak Zai turut serta dalam acara Borong Kek Lapis

Kek Lapis Pilihan Saya!!

Aksi tawar menawar diteruskan... Walaupun harga fix...

Kek yang siap dibungkus rapi

Selepas memborong kek, kami ke Satok kembali untuk menjamu selera. Menu yang menjadi idaman adalah Mi Kolok. En. Jo telah menunjukkan kedai yang paling terkenal di sana. tapi apakan daya, sesudah sampai di sana, Mi Kolok pula sudah kehabisan stok akibat mendapat sambutan ramai di hari minggu. Kami seterusnya mencari restoran di sekitar waterfront. Aku sempat membeli sourvenir untuk kenang-kenangan. Selepas itu kami ke James Brook's Bistro. May be sanak saudara James Brook ader memiliki kepentingan terhadap Bitro ni. Aku memesan Malaysian Style Fried Rioe (Nasi Goreng Biasa jer).

Perbincangan bagi menentukan lokasi untuk lunch

Sempat jugak bergambar di Satok

James Brook Bitro & Cafe menjadi pilihan

En. Jo dan hidangan yang sedia untuk dibaham

Laksa Sarawak

Harry posing depan Bangunan DUN Sarawak


Setelah makan, kami merewang-rewang di sekitar bandar Kuching bagi menghabiskan minyak kereta. Jam menunjukkan pukul 5.00 pm. Kami bergegas ke airport untuk menghantar kereta sewa. Sewaktu perjalanan ke airport, kami mencuba jalan-jalan baru dengan niat untuk berhenti minum petang. Kak Zai pulak ajak minum ABC.

Sungguh khusyuk makan.....

Nasi putih & Ayam sweet sour

Ice Cream Soda Ribena

Happy tak sabar ank balik KL

Control jer....

Dia sejuuuuukkk...

Menanti waktu berlepas....

Jam 6.30 pm, kami tiba di airport, susah membuat pembayaran di kaunter, kami menyerahkan kunci kereta Proton Wira QKU 8960 kepada pemiliknya. Penerbangan kami ke LCCT pa jam 9.50 pm. Kami mempunyai banyak masa untuk berehat di airport. Aktiviti seterusnya ialah makan & minum petang. Aku memesan Nasi putih & Ayam Sweet Sour. Memang sepanjang aku di Kuching, makan adalah aktiviti utama. Selepas makan, kami berlegar-legar di sekitar airport. Masing-masing mahu membeli cenderahati terakhir. Setelah melalui pemeriksaan keselamatan, aku ke pintu pelepasan dan membuat pemeriksaan Imigresen. Semuanya lulus.....

Pukul 9.30 pm, aku telah duduk didepan pintu 6 bagi menunggu pesawat Ak 5219. Setelah panggilan terakhir, aku mula beratur. Kelihatan petugas dari Kesihatan sedang sibuk memeriksa penumpang yang baru tiba dari LCCT. Tepat jam 10.15 pm aku berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Kira-kira 11.30pm, pesawat mendarat di LCCT. Setelah mengambil bagasi, kami pulang dengan menaiki teksi ke Putrajaya......

---The End----