Hari Ahad 18 Mei 2009, hari terakhir aku di Bumi Kenyalang. Pada hari ini kami bersedia untuk check-out dari hotel. Kira-kira pukul 12.30pm, kami menyerahkan kunci pintu beserta bayaran kepada cashier.
Perjalanan kami bermula dengan menuju ke Kg. Gersik dimana terletaknya Kedai Kek Lapis Dayang. ia mengambil masa lebih kurang 30 minit (tambah 10 minit sesat). Setelah sampai di hadapan kedai, aku terserempak dengan Abang Amin & Abang Azhar dari Ibu Pejabat Persatuan Cekak Pusaka Hanafi Malaysia. Aku difahamkan mereka juga datang ke Sarawak atas urusan untuk menghadiri majlis perkahwinan. Setelah berbual dengan mereka, aku kembali dengan tujuan asal aku untuk MEMBORONG kek lapis. Harganya pun ok... sekitar RM 10 - RM 30. Pilih punya pilih, aku telah membeli 10 biji kek lapis, maka dapatla aku sebiji kek percuma.
Selepas memborong kek, kami ke Satok kembali untuk menjamu selera. Menu yang menjadi idaman adalah Mi Kolok. En. Jo telah menunjukkan kedai yang paling terkenal di sana. tapi apakan daya, sesudah sampai di sana, Mi Kolok pula sudah kehabisan stok akibat mendapat sambutan ramai di hari minggu. Kami seterusnya mencari restoran di sekitar waterfront. Aku sempat membeli sourvenir untuk kenang-kenangan. Selepas itu kami ke James Brook's Bistro. May be sanak saudara James Brook ader memiliki kepentingan terhadap Bitro ni. Aku memesan Malaysian Style Fried Rioe (Nasi Goreng Biasa jer).








Pukul 9.30 pm, aku telah duduk didepan pintu 6 bagi menunggu pesawat Ak 5219. Setelah panggilan terakhir, aku mula beratur. Kelihatan petugas dari Kesihatan sedang sibuk memeriksa penumpang yang baru tiba dari LCCT. Tepat jam 10.15 pm aku berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Kira-kira 11.30pm, pesawat mendarat di LCCT. Setelah mengambil bagasi, kami pulang dengan menaiki teksi ke Putrajaya......
---The End----
bro! kasi santai sikit lah blog ni... jgn lah formal sangat... takut nak baca..
ReplyDelete-harry-
ps.. susah ke nak buat bayaran kreta? hehehe
Baik lah,. Blog Buletin Koi akan menggunakan ayat-ayat yang lebih santai.
ReplyDeleteYang memerintah,
MRR
Hmmm....=)
ReplyDelete-HAYATI-
menanti waktu berlepas ke menanti waktu melepas...
ReplyDelete