Saturday, May 9, 2009

Kursus Induksi PTD M41 1/2009

Assalamualaikum w.b.t.

Hello guys, aku baru jer mengikuti Kursus Induksi PTD kat IKWAS (INTAN Kampus Wilayah Selatan). Memang enjoy la kursus ni. Maklum la dah lama x terlibat dlm aktiviti ilmiah ni. Rasa macam baru nak register form one plak.

Sebagai penjawat awam aku perlu mengikuti kursus-kursus sebegini kerana banyak yang aku perlu tahu tentang Sistem Pentadbiran di sesuatu Jabatan/Kementerian. Salah satu ceramah yang mencuri tumpuan aku ialah mengenai INTEGRITI.

INTEGRITI selalu diperkatakan oleh media di negara kita, sama ada media cetak atau elektronik. So, dalam kursus tersebut aku berpeluang mengetahui sedikit sebanyak mengenai integriti.

Di kursus tersebut juga aku berpeluang menguji kecergasan fizikal sewaktu UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan). Memang penat beb... Dulu (zaman muda) setakat 2.4km tu, aku lari non-stop. Sekarang ni nak lari non-stop 500 meter pun semput. Tapi Fasilitator yang bertugas memang terbaik. FYI, Team bola sepak PTD 1/2009 berjaya menewaskan pasukan IKWAS 4-2 dalam friendly match yang diadakan pada hari Khamis (7/05/09). Satu tepukan untuk you all semua dan pasukan sorak yang sangat loyal dengan kitaorang.

2 comments: