Aku dan rombongan menaiki teksi ke Dewan Suarah, Jln Taman Budaya. Tambang pun ok la, RM 10. Sampai di dewan kami disambut oleh bapa pengantin perempuan dan ahli keluarga. Mereka mempersilakan kami ke meja yang telah disediakan.
Sejurus kemudian En. Billy (JPN Putrajaya) tiba bersama isterinya dan duduk semeja dengan kami. Sambil menanti kedua-dua merpelai tiba, kami disajikan dengan persembahan tradisional Sarawak yang dipanggil Bertandak. Turut kelihatan ialah Tuan Haji Zul bersama-sama keluarga duduk di meja VIP di hadapan pentas.
Kira-kira setengah jam kemudian, pengantin pun tiba dan menuju ke pelamin yang dibina di atas pentas. Majlis diserikan dengan upacara menepung tawar oleh kedua-dua belah keluarga. Aksi pengacara majlis yang bersahaja turut menjadi tumpuan pengunjung.
Selepas menjamu selera kami mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan kedua-dua pengantin dan selepas itu bergerak pulang ke Hotel.
Kami telah menyewa kereta Proton Wira (QKU 8960) bagi memudahkan perjalanan kami untuk melawat kawasan sekitar Kuching. Destinasi kami seterusnya ialah Taman Budaya yang terletak di kaki gunung Santubong. Perjalanan mengambil masa setengah jam. Kereta kami yang dipandu En. Jo sampai di Taman Budaya kira-kira pukul 2.30 pm. Harga tiket bagi pengunjung luar ialah RM60 dan bagi penduduk Sarawak ialah RM25. Kami melawat hampir kesemua rumah budaya yang terdapat dalam taman tersebut. Tepat jam 4.00 pm, kami mengambil tempat di auditorium untuk menyaksikan persembahan budaya. Peluang ini digunakan oleh aku, Harry & Kak Zai untuk turut serta menari bersama-sama dengan penari Taman Budaya.
pengunjung luar (non-Sarawakian)
Masyarakat Sarawak
Masyarakat Sarawak
Masyarakat Sarawak
Masyarakat Sarawak
Akhir sekali kami ke pasar Satok untuk membeli ikan terubuk masin. Di sini kami sempat menjamu selera di salah sebuah restoran yang berhampiran dengan pasar Satok. Aku memesan mi kolok yang terkenal di Sarawak.
Selesai makan, kami pulang ke hotel untuk beristirehat. Malang sekali pada hari itu, hotel kami tidak mempunyai Channel Astro Ria yang menayangkan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Ke-7 (Aku x minat pun). Aku, Harry, Kak Zai dan Yati terpaksa keluar mencari port untuk menonton Final AF7. En. Jo terpaksa melupakan hasrat untuk keluar kerana melayan kunjungan Arsenal menentang MU. Kami menyeberang sungai Sarawak untuk ke Kampung Melayu kerana semestinya di sana mempunyai Astro dan mereka menonton AF (agak-agak Harry). Tambang sampan hanya 50 sen. Di gerai tersebut, aku memesan Nasi Goreng Ayam Penyek. Harganya berpatutan....
Selepas makan malam (kali kedua), aku kembali semula ke hotel dan terus beristirehat sampai esok, manakala En. Jo, Kak Zai & Harry kembali merayau-rayau di kawasan sekitar.
Nantikan laporan hari ke-3. Chiaow....
No comments:
Post a Comment