Monday, May 18, 2009

D-Day : Journey to the East...

Gutten Tag.....

Jumaat yang lepas aku telah memulakan perjalanan ke Sarawak dengan Pesawat Tambang Murah Air Asia. Perjalanan dimulakan tepat pukul 1.00 pm dari Putrajaya Sentral dengan menaiki teksi ke LCCT. Di LCCT kami sempat mengisi bahan bakar (perut) bagi menyenangkan perjalanan yang akan mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

Pukul 3.25 pm, selepas membuat pemeriksaan keselamatan, kami terus menaiki pesawat dan secara kebetulan kami duduk di kawasan yang berdekatan. 6E,6F,7D,7E & 7F. Sepanjang penerbangan yang membosankan itu aku hanya berbual-bual dan membaca majalah yang disediakan.

Sekitar pukul 5.00 pm, kami telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan menaiki teksi ke Hilton Hotel. Selepas Check-in, kami beristirehat di dlm bilik. Jam menunjukkan pukul 7.30 pm, kami terus keluar dan menuju ke Water Front dan seterusnya ker medan selera Taman Keretya yang berdekatan dengan Bangunan OCBC Bank.

Setelah selesai menjamu selera, kami mengambil angin di kawasan sekitar hotel dan secara kebetulan kami terserempak dengan Dato' Mahadzir Lokman (DML). Kesempatan ini telah digunakan oleh kami untuk mengadakan sesi fotografi bersama beliau.

Setelah penat dengan aktiviti pada hari tersebut, aku terus menuju ke bilik untuk beristirehat.


ERL Station


Lunch at Marry Brown


Sisa-sisa makanan


Tiba di LTA Kuching


Welcome to Kuching (Home of Rain Forest Festival)



Dinner at Taman Kereta


Sabar menunggu Makanan


Makanan dah sampai


En. Jo menjamu selera


Selesai makan...


Sesi bergambar bermula dgn Harry...


Yati & Kak Zai


Kami pun nak bergambar....


Angle tepi...


Gaya Bebas Harry.....


Gaya bebas lagi...


Jangan tiru aksi ini.....


Kak Zai pun nak posing....


Dengan tema "Saya BEST"


Posing last untuk malam tu....

No comments:

Post a Comment