Saturday, May 9, 2009

Friendly 8 Mei 2009 Di Stadium Kajang

Hello guys,

Selepas aku sampai dari Johor, aku terus la bergegas ke Stadium Kajang untuk menyertai team bola aku ( SDX FC) menentang pasukan yang ingin menerima pengajaran dari pasukan kami. Walaupun fokus perlawanan kali ini hanyalah untuk bersantai di Satey Kajang Haji Samuri selepas perlawanan tamat, namun komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain SDX FC amatlah tinggi.

Seawal jam 8.00 malam kelihatan pemain dan penyokongSDX FC telah membanjiri Stadium Kajang. Tapi sedikit masalah teknikal berlaku di dalam padang. Lampu limpah stadium gagal dihidupklan. Namun berkat kesabaran para pemain & penyokong menunggu, pada pukul 10.00 malam lampu limpah stadium berjaya dihidupkan dan perlwanan bermula kira-kira 15 minit selepas itu.

Hasil perlawanan pasukan SDX FC telah menerima pengajaran daripada pasukan lawan (Kalah 2-1). Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain SDX FC berjaya mengatasi perasaan sedih akibat kekalahan tipis itu.

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, pemain dan penyokong SDX FC berpesta kekalahan di Restoran Satey Kajang Haji Samuri sambil membuat post mortem. Chiaow.......



Gambar ehsan dari SDX FC

No comments:

Post a Comment